Monday, November 30, 2009

budak baru belajar...


aku mula berjinak-jinak dengan sulaman manik ini secara tidak sengaja. menjelang raya tahun 2008, kawan-kawan sibuk menaburkan manik-manik yang pelbagai warna di kanvas baju mereka. kecur air liurku melihatkan gemerlapan manik-manik yang sudah siap berjahit. timbul minat ku untuk mencuba. manalah tahu aku mempunyai bakat terpendam, yang tidak ku sedarinya. terkial-kial jemariku menarikan tarian benang dan manik. terkekeh-kekeh gelak kawanku melihatkan telatahku yang agak sumbang pada pandangan mereka yang agak professional dalam bidang ini.
walau apapun dugaannya, aku meneruskan usahaku untuk menyiapkan sulaman manikku yang pertama. baju raya tahun 2008. jadi, inilah hasilnya yang pertama.....